Tahun Hijrah

Friday, December 18, 2015

Bersemangatlah anda meneruskan kehidupan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petikan kata-kata semangat ni aku ambil dari pelbagai sumber..

Mari kita hayati nasihat ini dengan berfikir sejenak apa yang kita lakukan hari ni? adakah perlakuan atau perbuatan kita mencapai redha Allah atau mengharapkan perhatian manusia..( .Kalau mengharapkan perhatian manusia tak kekal lama..






sumber: Fb..Credit pada page Nak bebel dan lain-lain.

Saturday, December 12, 2015

Dari Kerana mATA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Update kali ni bukan nak citer pasal perlawanan bola sepak yang baru habis tadi..Iaitu perlawanan bola sepak Kedah VS Selangor ..Akhirnya Kedah menang. Oops silap..Selangor menang..huhu



Ok .. kita berbalik pada cerita yang asal..pasal mata.. Bagaimana nak jaga mata? Kita pon tahu sesetengan orang tak suka pakai spek..Tambahan pulak kalau pakai spek pada waktu malam diganggu oleh lampu tinggi oleh sesetengah pemandu tak bertangunggjawab..Mesti tak suka kan..So, lebih baik kita mengelak sesuatu daripada terjadi terutama kepada budak-budak bawah 12 tahun yang suka main games ni, kesian kecik-kecik kena pakai spek tebal..Peringatan untuk admin jugak..sebab admin memang tak mau pakai spek mata kecuali spek mata hitam. hehhe










Ini pula adalah doa untuk menjaga mata.. Sama-sama kita amalkan bersama...:) :)



p/s : sumber dari fb.

Thursday, December 10, 2015

Kita perlu bersikap positif!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sikap positif? ?? Iaitu tindak balas kita terhadap sesuatu perkara yang boleh membawa kebaikan kepada kita dan orang lain.. Ini definisi saya sendiri.. Kita tidak boleh mengawal semua pekara mengikut apa yang kita rancangkan tetapi kita boleh mengawal respon apa yang terjadi pada kita.. Contohnya: apabila kita sudah membeli kereta biasa-biasa sahaja tetapi tiba-tiba kawan kita bertanya soalan kepada kita..Kenapa kita tak beli kereta Vios sebab kita mampu....Kita terdiam sejenak dan mula memikir macam-macam....So sepatutnya kita boleh mengawal diri kita dan berfikir ini adalah pilihan yang kita betul  kerana banyak komitmen yang perlu diambil kira oleh kita jugak . So kena ada pendirian tetap dan berfikir dahulu sebab apa kita perlu beli barang tu? Tetapi sebagai manusia kita tahu ada pro and contra yang perlu diambil bila kita memilih sesuatu . So, sebelum tu dengar dulu pendapat orang lain yang kita percayai  contohnya keluarga dan kawan-kawan rapat.. Lepas tu baru kita buat keputusan..Ok x???










Sunday, December 06, 2015

Pesan pada hati....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sedar tak sedar dah lama tak update dalam blog ni...Cepatnya masa berlalu..

jom kita tengok kata-kata yang boleh kita gunakan sebagai semangat dalam meneruskan kehidupan yang mencabar ini...:) :) :)





Sunday, June 21, 2015

Undang-undang kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ni dah puasa keempat...selamat berbuka puasa dan bertawarih

Hari ni saya nak kongsikan kata-kata yang diambil dari video yang saya dengar pagi tadi..

Kata-kata dari video ini iaitu KEUTAMAAN DALAM KEHIDUPAN oleh Prof Muhaya memang buat saya tersentak dengan kata-kata ini...

Petikan dari kata-kata dalam video ini

Undang-undang Law Justice

Apa yang berlaku pada kita hasil daripada apa yang kita tanam, apa kita tanam itu kita tuai. Setiap perkara negatif berlaku pada kita.

''Oh, mungkin kita pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati orang maka saya dapat sakit hati itu.'' Something negatif berlaku kita tak boleh salahkan orang. Hendaklah selalu berdoa YA ALLAH, mungkin aku pernah sakitkan hati orang maka aku redha atas kesusahan hati ini.''

Kita hendaklah mencari redha ALLAH.

Gold Matlamat

Mission

Siapa kita, sebenarnya kita, apa kita buat dan apa sistem nilai kita apa yang buat.

Contoh: saya seorang beriman, sedang menuju ke husnul khatimah dan sedang mencari keredhaan ALLAH.


P/S : Untuk mengubat hati, *Baca al-Fatihah dan doakan kebaikan kepada orang yang kita dengki.





Sunday, May 10, 2015

Sambutan Hari Ibu dalam Islam....

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Entri ini ditulis sempena Hari Ibu..Sekarang ni bermacam-macam sambutan seperti hari ibu, hari ayah, hari kanak-kanak, hari guru, hari buruh, hari wanita dan bermacam-macam hari boleh check kat internet..

Sebenarnya hari ibu bukan sahaja disambut pada hari ini tetapi tiap-tiap hari adalah hari ibu..Dan kita sebagai anak patut menghormati dan menyayangi ibu selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Hukum Sambutan Hari Ibu

ISU:
Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:
Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.
Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.



Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.
Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).

Wallahu a'lam.
Artikel dipetik dari Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saturday, May 09, 2015

Hukum Berpuasa dalam Islam

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Tujuan entri ni dibuat sebab tengah mencari hari yang diharamkan berpuasa sebab ada sorang pak cik ni bertanyakan kepada saya  hari apa yang diharamkan berpuasa ..So dah alang-alang mencari  ni  saya kongsikan puasa sunat yang elok diamalkan dan puasa yang diharamkan di blog ini sebagai ILMU..lagipon puasa Ramadan semakin menghampiri kita...


Puasa Sunat yang elok diamalkan

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.


Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)


Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

   Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
   Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
   Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
   Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


Hari haram berpuasa sunat

Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Monday, April 13, 2015

Sandwich bertingkat-tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Tujuan blog ini ditulis terutama perkongsian tentang resepi adalah sebagai salah satu cara untuk saya senang cari kalau saya nak cari sesuatu resepi yang saya mungkin akan buat banyak kali..

Tapi kalau yang berminat untuk mencuba..silakan...sebab ni pon saya ambil dari satu group masakan di FACEBOOK..Yelah sekarang ni diikukan untuk perkhidmatan pon ada dikenakan caj bayaran kan..Tak pelah berbalik pada topik asal, hari ni saya nak kongsikan macam mana nak buat sandwich special iaitu sandwich bertingkat-tingkat ni yang sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau waktu malam.



Bahan-bahannya ialah :
1) Sardin
2)  mayonis
3) planta/ marjerin
4) timun, lobak dan sebagainya
5) paling penting roti        






Cara-cara susun roti ni ialah:

p/s : biarlah gambar berbicara..hehe..credit to RESEPI RINGKAS



Saturday, April 04, 2015

Macam mana nak transfer duit guna debit kad?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya buat entri ni sebab baru pertama kali nak guna debit kad.Sebelum ni nak check baki atau nak transfer duit memang pergi kat atm ....Sekarang ni banyak bank ada debit kad contoh Bank Islam, Bsn dan sebagainya.Kalau dulu femes dengan Maybank2u dan CIMB Click.yang guna online banking..

Tapi sekarang ni saya guna debit kad senang lah nak check duit dalam akaun berapa dan kalau nak transfer duit kat akaun orang lain pon senang.. Tapi apa pon kelebihan teknologi memang kena hati-hati sebab ada je yang akan mengambil kesempatan bila guna online banking ni...huhu.. apa pon ingat lepas transfer duit atau  bila kita buka akaun ni untuk online banking ni memang kena padamkan history di laptop anda dan log out.. Paling penting kena waspada kalau buat transfer duit dekat cyber cafe, ada mata-mata yang memerhati anda....

Cara-cara nak guna online banking..

1) Kena daftar kat atm lepastu kena sahkan kat kaunter kata kita nak buat debit kad.. Saya buat debit kad bsn..

2) Cari laman http://www.mybsn.com.my/( Contoh) ...rasanya lebih kurang macam Maybank2u cara nak daftar..


Inilah laman web BSN

3) Ini transfer duit dari BSN ke akaun  BSN..Kena tahu detail nama penuh, e-mail, berapa rm nak transfer dan yang penting no akaun penerima.

4) Cari link 3rd party fund transfer..New 3rd party fund transfer tu no akaun yang kita nak transfer duit.

5) Sender alert email letak email Penghantar..Iaitu kita.

6) Beneficiary alert email tu letak email orang yang kita nak transfer duit.

7) Sms x payah tick

8) Recepient reference tu tarikh kita  transfer duit.

9) Klik request TAC . TAC ni bsn akan antar sms kat kita.

10) Boleh print sebagai bukti kita dah transfer duit tu..ataupon boleh check email yang mengatakan kita berjaya menghantar duit tersebut..Ok dah selesai... :) :) :)



Thursday, March 19, 2015

Bagaimana dan bila kena samak atau sertu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Saya cuma nak kongsikan bagaimana nak kena samak atau sertu.  Kebetulan saya di Sekolah Jenis Kebangsaan di Sabah memang nak kena menjaga bab ni terutama yang beragama Islam sebab pergaulan murid islam dan bukan islam sangat rapat di situ..

Masalah terjadi apabila sorang budak islam terpegang kertas yang membalut nasi yang bercampur dengan ''pork'' atau khinzir yang dibawa oleh murid bukan islam..Tiba-tiba budak ini berasa was-was dan bertanya soalan apa hukumnya dia apabila terpegang kertas tu..So, saya cakap esok saya akan bagi jawapan sebab nak kena tanya yang arif bab ni...



Ini adalah jawapan kepada persoalan tersebut..

Ini adalah perbualan saya dengan seorang ustaz ni:

Ustaz: Terpegang @ sengaja pegang sesuatu yang hukum najis mughalazah wajib menyamaknya sama ada bercampur atau basah.

Cara-cara nak samak atau sertu

Basuh dengan air 1x air tanah dan 6 x air mutlak. Tanah yang dipijak tu pon boleh atau mana-mana tanah yang kita nampak.

Kuantiti tanah macam mana?
Ambil segenggam tanah kat mana-mana yang tidak ada  najis ke atasnya. Masuk dalam bekas atau baldi kemudian isi air. Basuh  tangan dengan air tanah tu kemudian cuci dengan 6 x air mutlak. Contoh air mutlak  spt tujuh jenis air : telaga, salji, hujan, sungai, embun, laut.. Air paip pon boleh digunakan untuk basuh najis tu..

Hukum
Wajib menyamaknya  atau sertu untuk kelangsungan ibadah yang akan dilakukan spt solat, puasa dan sebagainya.


Monday, March 16, 2015

Agar Laici Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak share resepi dalam blog ni..Bukan tak memasak atau tak cuba resepi dah tapi kekangan waktu yang tak sempat nak update pasal resepi yang telah dicuba sebelum ni..

Jom kita tengok rupa AGAR LAICI PUTIH yang elok dijadikan sebagai pencuci mulut..
Buat resepi ni pon sebab dengar orang kata sedap dan senang je buat agar laici ni...Kalau tengok resepi ni banyak versi pasal agar laici ni..ada yang kena carikkan buah laici dan ada letak seketul macam yang saya buat di bawah ni..




Resepi nak buat agar Laici Putih:

  1. 10 Gram agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali 28g
  2. 2 liter air atau 5 cawan air
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 1 tin laici (asingkan airnya) ( untuk 1 loyang dan  1 bekas kecil ) 
  5. 1 tin susu cair
CARA-CARA MENYEDIAKAN

  1.  Masak agar-agar bersama air hingga mendidih ( sebab guna agar-agar tali, jadi kena basuh agar-agar tu)
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api .
  3. Masukkan air laici dan susu cair kacau rata.
  4. Sebelum tuang dalam acuan, tapis dulu kalau guna agar-agar tali.
  5. Sebelum masuk dalam loyang carikkan dalam 6 biji laici dalam loyang tu dan masukkan acuan tu. Selepas dah masukkan acuan tu boleh letak buah laici yang sebiji tu dalam loyang.
  6. Kemudian sejukkan dalam fridge atau tak letak dalam fridge pon tak pe.
  7. Siap dan boleh dimakan.

p/s : resepi ni ambil dekat satu blog ni http://ruhayurazali.blogspot.com/2013/06/resepi-puding-laici-dangdut.htmltapi saya ubahsuai ikut citarasa saya.,,

Saturday, March 14, 2015

Belajar cakap bahasa mandarin.





Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Hari ni tengah tengok kat youtube bagaimana cara nak bercakap  guna bahasa mandarin.. Sebelum memang tak minat nak belajar bahasa mandarin..Tetapi sebab tugasan kerja kenalah belajar takkan nak suruh orang tolong translate je...



So, kena semangat belajar bahasa mandarin..Tetapi bahasa Arab jangan dilupakan... :) :) :)

Sunday, March 01, 2015

Cara untuk simpan duit dan bayar hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini aku  ambil info dari satu blog. Ada yang diedit ikut kesesuaian kewangan anda.




14 tips nak simpan duit

1) hapuskan hutang anda terlebih dahululagi cepat bayar hutang, hati akan menjadi cepat tenang. tak payah fikir pasal hutang dah..hutang aku sekarang ni ptptn

2) tetapkan matlamat tabungancontoh nak beli kereta. berapa banyak bayaran muka yang dibuat? berapa bayar bulan??

3) buat satu jangka masa untuk menyimpansebagai contoh: saya nak beli rumah dalam masa 3 tahun akan datang bermula hari ini.apabila sudah tetap tarikh maka boleh fokus matlamat tersebut. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan. Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

4) Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.tulis perbelanjaan setiap bulan dan letak kategori  untuk setiap pembeliaan seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.simpan nota kecil dan buat rekod dalam excel.

6) kurangkan perbelanjaan anda

7) Nilai semula matlamat simpanan anda. Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.berapa banyak bezanya?

8) Buat bajet sendiri

9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.

10. Letak Duit Dalam Balang

11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi. contoh seperti TABUNG HAJI dan Bank rakyat.

12. Bayar Diri Sendiri Dahulu. Apabila mendapat gaji mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.

13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.

14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil. Tapi sekarang saya sudah dewasa, kadang-kadang dapat jugak duit raya ni sebab masih bujang.

Sumber: .http://kokotiam.com/bagaimana-untuk-menyimpan-wang...


Thursday, February 19, 2015

home tuition-belajar asas bahasa mandarin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini kita semua tahu yang ibu bapa banyak memilih anak-anak belajar di rumah...Mungkin terdapat banyak faktor yang menyebabkan ibu bapa memilih sedemikian..ini mungkin salah satu faktor untuk senang mengawasi anak-anak..

Sekarang ni saya tengah belajar bahasa cina mandarin menggunakan website ni...tapi saya belajar masih level pre school je...hehe..siap ada sound suara lagi cakap chinese...website ni bukan sahaja bahasa mandarin tapi merangkumi semua subjek dari pre school , tahun 1 hingga tingkatan 5...

Ingat ini bukan pengganti  sistem persekolahan TETAPI untuk pemudah cara sahaja..sebab kita masih memerlukan cikgu untuk mengajar kita..

berminat boleh datang ke page saya di FB : novel/ komik secondhand atau boleh saja komen di blog ini..



 macam permainan kad.
Ini nama ayam dalam bahasa mandarin



Ini pelbagai bentuk boleh kita belajar seperti: dengar bunyi, main kad dan sebagainya